dede

dede
im dede ;)

Friday 16 May 2014

Harapan tinggi menggunung,
Tapi seperti tiada usaha yang aku lihat diri ini lakukan.
Ya, aku seolah-olah minta utk gagal,
Minta utk jadi jahil.
Sedarlah sabrina.
Masa depan terletak di tangan 'kau'
'Kau' lah yang memilih jalan utk menjadi bodoh,
Jahil.
Ingat, tiada siapa yang boleh bantu 'kau' utk berjaya,
Selain dari diri 'kau'.
'Kau' sudah lupa kah janji 'kau' utk membahagiakan kedua org tuamu ini?
Atau 'kau' sengaja berpura-pura lupa?
Berapa kali ibu dan ayahmu rebah kerana ingin mendidik mu?
Bangun, bantu mereka.
Bukannya membiarkan diri ini hanyut dgn angan-angan,
Angan-angan itu akan jadi sampah kalau tiada usaha utk mencapainya.
Jangan pernah merasakan diri 'kau' itu pandai.
Jangan!
Sungguhnya, itu akan membuatkan 'kau' menjadi alpa,
Sombong, riak dan takabbur.
Ingat lah, cari ilmu dunia yg mampu memberi kebahagiaan utk 'kau' di akhirat.
Duniawi ini tidak lama,
Mungkin kau akan dijemput Malaikat MAUT,
Tidak pasti bila,
Mungkin besok atau lusa atau pun pagi ini.
Maut tak mengenal usia,
Cari lah ilmu selagi kau bernyawa,
Dan berjuang lah demi Islam,
Agama suci ini,
Perjuangkan!
Meskipun aku sedar, aku bukanlah muslimah sejati,
Tapi, aku tetap menyemai impian utk mencapai gelaran itu.
Moga dibantu oleh Tuhanmu, diri.
Kuat.
Ingat janjimu pada keluarga ini,
Janji utk membawa mereka ke syurga.
Jangan disebabkan diri ini mereka dihumban ke Neraka.
Moga tidak.
Allahu Allah :')

No comments:

Post a Comment