dede

dede
im dede ;)

Wednesday 21 May 2014

Extremely merepek.

Hi, uolls. Harini aku dgn ain bahan budak budak twitter. Yeahhh, scroll TL and nampak tweet yang kelako tu and kitaorg pun tweet lah pasal tu. Yang paling penting, kami kuasai TL. Hahhahahahaha. Well, puasa tak puasa, aku tetap cergas macam takpuasa *sengih* Takde siapa tahu siapa yang rumahnya takde elektrik tu. Hahahahahahaha. Ada kot yang tahu tapi macam buat taktahu je. Dalam ni pun aku dah merepek banyak, dekat twitter lagi lah melebih xD Ni smua disebabkan rindu hahaha. Yes, aku mmg rindu dia. Haish cepatla hari Sabtu and Isnin. Em, baiklah. Sampai disini sahaja pertemuan ahli Merepek kita. Jumpa lagi. Bhoii *flying kiss*

Monday 19 May 2014

Sengsara

Sengsara,
Sengsara aku, aku seorang saja yang rasa.
Aku seorang saja tahu cara untuk menyelesaikannya.
Kau,
Fikir aku bahagia.
Aku sedaya upaya sembunyikan luka,
Sakit,
Ya, ssakit.
Kau tinggalkan aku.
Kau buang aku macam sampah.
Aku benci manusia yang manis mulut berjanji
Itu, Ini.
Tapi, akhirnya?
Janji tinggal janji.
Kau mungkiri semuanya.
Dan disebabkan itu aku sengsara.
Aku tahu Allah hadirkan kau utk menguji diri aku ni.
Utk melihat bagaimana aku menghadapi manusia,
Manusia ang sentiasa berpura-pura.
Tak apa,
Selagi aku mampu bertahan aku bertahan.
Dan sekarang,
Jangan cari aku.
Aku dah bahagia.
Ingat,
JANGAN CARI AKU!
Semoga bahagia, wahai manusia :')

Nonsense blogger

Hi, Cinta. Alhamdulillah besok dah cukup sebulan dengan dia. Em hahahaha macam over je. Tapi walaupun sebulan kira hebat lah tu sbb first time aku tahan dgn perangai dia yang kuat merajuk and bla bla bla -,- haha daebak lah! hahahaha. And besok juga lah mulanya takdapat contact dia selama 4 hari. Finally, dia kena masuk hutan  utk kem askar tu. Huwawawaaa :( Hope everything will be okay. Amin. Next week dia balik. 4 hari ni aku study jelah. Emmm emmm haha. Sejak sejak ni, aku asyik tulis dkt blog ni macam diari je -.- Em maafkan saya. Cuma takde tempat nak luahkan jiwang karat-sekaratnya ni. Haishhh. Tak suka, lepasni jangan baca dah okay? :* Okay nonsense je apa yang aku tulis. Huishhh bhoii kesayangan :D

Sunday 18 May 2014

Sesi Merepek di Malam Hari -,-

Tetiba ter'imagine' masa depan. Oh yeahh, mmg aku minat fikir pasal ni. Bila pikir, uishhh rasa bahagia je hidup. Imagine bukan main lagi tapi perangai ni still lagi MALAS. Kerja asyik bertangguh. Ishh ishh, ni yang nak mini copper lah, rumah bungalow lah apa lah tapi dalam kelas tidur, main lah sembang lah. Bila exam muka biul je. K -,- Dapat result, contohnya gagal "Em takpe jela, soalan mmg susah pun." "Ramai yang gagal, lek ah." "Aku mmg takpandai bab ni. Haishhh" K tu je yang aku buat bila dapat result *tutup muka* Sememangnya ciri-ciri pelajar paling malas boleh aku sandang setiap tahun lah. Cehhh. Nak berubah wehhh, tapi setan banyak beno hasut aku jadi malas. Hahahahahahahahaha. Salahkan setan pulak -,- Padahal diri sendiri yang malas. K dah dah, kena berubah. Tahun dpn SPM. *nangis* Wuuuuuu takut. Em baiklah sampai sini je aku mengarut utk harini. Bye kesayangan :*

Saturday 17 May 2014

Bad day. Bad feelings. My soul are gonna die.

Hi everybody. Em i hate today. Hahahaha -,- bangun je dari tidur, mcm-mcm perasaan aku rasa. Hm, boleh dikatakan great lah kan bila rasa macamni. Hm, sebenarnya aku teringat apa yang kitaorg bincangkan semalam. Seronok on call tetiba benda tu jadi sedih. Mana tak nya, dia bagitahu aku yang mak dia pun tahu pasal ni. Benda ni bukan nya benda kecik, benda ni macam kena mengena dgn maruah aku. Haishh, aku taktahu macam mana nak betulkan balik keadaan ni. Kalau boleh ulang masa tu balik, dah lama aku buat. Serious menyesal. Hm, taktahu nak cari dekat mana semangat nak teruskan hubungan ni. Seriously mmg aku sayang dia, mmg sayang. Aku takboleh nak lepaskan dia pergi dari hidup aku. Ya Allah, kalau aku ni taklayak untuk dia, kau hilangkan lah perasaan cinta dia utk aku. Aku sanggup lepaskan dia demi nak tngok dia happy, biar lah aku derita ke apa pun. Hm, i have to find a strength to stay in this relationship, in this world.


Deeply hurt and my soul are gonna die.

La Tahzan,
Innallahama'ana.

Allah *senyum*

Allah, ampunkan segala dosa yang aku pernah lakukan. Sungguhnya, aku bukan lah malaikat yang sempurna segalanya. Yang bebas dari dosa. Apabila difikirkan aku seperti mencari Engkau ketika aku jatuh, aku susah, aku sedih. Ya, dengan ringkasnya apabila aku dilanda kesusahan. Tapi Kau tetap memberi nikmat utk aku terus hidup di muka bumi-Mu ini. Rasa bersalah terkadang menghantui diri ini. Aku berharap hati ini tidak menjadi gelap dek kerana dosa yang aku lakukan. Tidak pernah aku ingin berputus asa mencari hidayah ini. InsyaAllah *senyum* Moga aku dipanjangkan umur agar aku dapat terus berjalan mencari hidayah-Mu. Amin :') Agar tubuh ini terus kuat utk mencari Syurga-Mu, ya Allah. Moga diri ini tidak akan terhumban ke Neraka-Mu :/ Allah *tunjuk gigi*

Friday 16 May 2014

Exam? "Ada aku kesah?" hahahaha

Hi uolls. Harini kita takmau la jiwang-jiwang. Taktahu kenapa time exam ni aku makin kuat merepek plus jiwang karat sekarat karatnya. Lulzzzz XD But mungkin sbb terlalu stress dgn exam and baca buku bla bla bla. K mmg mendap life ni bila tgh exam haishhh -,- Boleh dikatakan aku ni mcm org gila bila start nak menghafal and so on. Bila nak exam bru nak faham balik apa yg ckgu ajar selama ni so skrg? Padan lah muka, kan? Aumm haha. Jgn ikut sifat pemalas yang ada ni. Uhuk~ Takhappy harini sbb kna study BI huwawawaaa T__T Apapun stay senyum, bro *tunjuk gigi* hahahahaha k chill chill. Dah habis idea nak sembang apa *mata ke atas and mencebik* Baiklah nak pergi dating dgn kesayangan ecehhh :b *buat muka* Maghii kita dating dgn buku. K bhoii kesayangan *flying kiss*
Harapan tinggi menggunung,
Tapi seperti tiada usaha yang aku lihat diri ini lakukan.
Ya, aku seolah-olah minta utk gagal,
Minta utk jadi jahil.
Sedarlah sabrina.
Masa depan terletak di tangan 'kau'
'Kau' lah yang memilih jalan utk menjadi bodoh,
Jahil.
Ingat, tiada siapa yang boleh bantu 'kau' utk berjaya,
Selain dari diri 'kau'.
'Kau' sudah lupa kah janji 'kau' utk membahagiakan kedua org tuamu ini?
Atau 'kau' sengaja berpura-pura lupa?
Berapa kali ibu dan ayahmu rebah kerana ingin mendidik mu?
Bangun, bantu mereka.
Bukannya membiarkan diri ini hanyut dgn angan-angan,
Angan-angan itu akan jadi sampah kalau tiada usaha utk mencapainya.
Jangan pernah merasakan diri 'kau' itu pandai.
Jangan!
Sungguhnya, itu akan membuatkan 'kau' menjadi alpa,
Sombong, riak dan takabbur.
Ingat lah, cari ilmu dunia yg mampu memberi kebahagiaan utk 'kau' di akhirat.
Duniawi ini tidak lama,
Mungkin kau akan dijemput Malaikat MAUT,
Tidak pasti bila,
Mungkin besok atau lusa atau pun pagi ini.
Maut tak mengenal usia,
Cari lah ilmu selagi kau bernyawa,
Dan berjuang lah demi Islam,
Agama suci ini,
Perjuangkan!
Meskipun aku sedar, aku bukanlah muslimah sejati,
Tapi, aku tetap menyemai impian utk mencapai gelaran itu.
Moga dibantu oleh Tuhanmu, diri.
Kuat.
Ingat janjimu pada keluarga ini,
Janji utk membawa mereka ke syurga.
Jangan disebabkan diri ini mereka dihumban ke Neraka.
Moga tidak.
Allahu Allah :')

Sejujurnya,
Aku taksuka apabila diabaikan,
Samada diabaikan oleh sahabat, keluarga,
Atau Si Dia,
Tapi, 
Aku harus memahaminya,
Demi minatnya, 
Aku rela diabaikan.
Walaupun kadang-kadang dia tetap melayani aku,
Tapi,
Aku rasa kosong.
Aku jarang dibiarkan sendiri.
'Tak biasa',
Itu masalah yang aku hadapi,
Wahai hati,
Aku mohon, tetapkan hati ini utk nya.
Tolong!
Aku merayu, 
Hati ini sudah terpaut dgn sikapnya,
Dengan cara layanan nya.
Bertahan,
Letakkan kepercayaan padanya.
Jika dia menyayangi diri ini,
Dia akan setia dgn diri ini.
Dia akan memahami apa yg aku dambakan darinya.
Meski aku ini tidak sempurna,
Dia tetap menerima.
Mungkin.
Aku harap begitulah.
Sabar lah,
Percaya lah.
Dia akan kekal menjadi milik aku.
'InsyaAllah' :)

Thursday 15 May 2014

Makin lama,
Aku merasakan diri ini sudah jauh,
Jauh dari diri aku yang sebenar.
Tanpa aku sedar,
Aku seperti sudah menjauh dgn Tuhanku.
Aku seperti bertukar menjadi manusia lain,
Seperti tidak tahu apa itu dosa dan pahala.
Allah.
Aku lalai,
Aku seperti bahagia hidup dgn penuh dosa,
Ayuh bangkit, sabrina.
Ajal makin menghampiri,
Sedarlah,
Jangan kerana inginkan keseronokan dunia,
Kau lupa akan kebahagiaan yg perlu kau cari di Akhirat.
Tidak kah 'kau' takut akan Tuhanmu?
Tidak kah 'kau' sedar bahawa ada yang memerhatikan mu?
Allah, sedarkan aku,
Jangan biarkan aku terus dibuai dgn dosa ini,
Ingin aku cari rasa bahagia yg kekal abadi.
Bangun wahai diri.
Jangan terus terleka dgn duniawi.
Ayuh bangkit.
Allahu Allah.

Walau kau bukan bersamaku lagi, tapi ini khas utk mu wahai Cinta.

Sungguh,
Tak berniat membuat kau sakit,
Membuat kau kecewa,
Tapi, baik kah aku,
Jika mengatakan cinta,
Padahal ianya dusta semata-mata?
Aku pegang kau dalam doa.
Jangan pernah terlintas --
Yang aku membenci kau.
Tidak.
Kau org yg pernah memberi rasa sayang,
Mengajar erti pengorbanan.
Aku tahu kau sememangnya kuat.
Kuatkan diri kau,
Dekat kan diri kau dgn Pencipta,
Sungguh, 
Apa yang terjadi terletak di tangannya.
Jangan pernah kau persoalkan apa yg terjadi,
Kita manusia,
Harus akur.
Ada sebab Tuhan menguji kau sebegini,
Mungkin Dia merindui kau,
Dia ingin kau mendekatkan diri kau --
Dengan dia.
Tiada siapa dapat menduga.
Cuba la tabahkan hati mu wahai cinta,
Jika rindu, sampaikannya dalam doa.
Menangis lah jika itu dapat melegakan hati mu
Aku tahu kau bisa,
Ya, kau bisa :)

Jiwa

Meski tubuh ini hampir rebah,
Disebabkan manusia yang pelbagai jenis,
Pembenci terutamanya,
Membuatkan aku hampir mengalah, 
Hampir berputus asa,
Tetapi,
Apabila mengenangkan dua wajah ini,
Aku bangkit melawan manusia yang kejam ini,
Melawan tanpa memikirkan siapa mereka,
Sungguhnya,
Aku hidup bukan kerana 'Haters'
Yang bersepah di luar sana,
Aku hidup kerana Tuhan,
Kerana keluarga,
Dan kerana cinta,
Dua wajah ini aku kenang,
Aku jadikan sebagai pembakar semangat,
Sebagai sebab kukuh mengapa aku masih kuat,
Jasa mereka, akan ku balas,
Ini janji, bukan cuma kata-kata manis,
Yang tidak tahu dimana noktahnya.

Perginya, Cinta

Hati rasa sesuatu,
Sesuatu yang tak kena akan berlaku,
Aku cuma mampu mengucap kalimah,
'Astaghfirullah'
Tak terungkap rasa apa yang membelenggu diri ini,
Sibuk melayani komputer,
Gadget di kamar,
Bersuka ria, gelak ketawa.
Tidak ku duga,
Sesuatu menampar aku dengan hebat,
Sungguh aku tak percaya --
Cinta hati aku sudah hendak meninggalkan aku,
Keseorangan,
Kesepian,
Aku hilang arah,
Serta pertimbangan,
Menangis,
Berdoa agar dia terselamat,
Tapi Tuhan lebih menyayanginya,
Dia dibawa pergi pada petang ini,
Sewaktu azan berkumandang,
Selawat nabi yang dimainkan di corong radio,
Sayu hati ini,
Di petang yang dingin,
DIA pergi,
Suasana yang indah menjadi kelam.
Sakit yang ditanggung olehnya,
Tak terperi rasanya mungkin,
Melihat cara DIA nazak,
Amat menyakitkan aku.
Sayang, aku redha kau pergi,
Semoga roh-mu tenang di alam lain,
Semoga kita berjumpa satu hari nanti,
Salam, CINTA :')

Wednesday 14 May 2014

Hati.

Ya, sekarang aku rasa takut.
Takut ditinggalkan,
Takut dikecewakan.
Hati ini seperti sudah dipegang oleh si dia.
Dipegang erat, rapat dan seperti sukar untuk dilepaskan --
Aku tak pasti samada rasa ini dihadirkan oleh Tuhan,
Atau hanya permainan Syaitan.
Aku takut,
Apabila hati ini sudah benar mencintai,
Ia ditinggalkan,
Dikecewakan,
Dibiarkan kesakitan.
Sungguh, 
Tiada sesiapa yang mahu kesakitan.
Terutama kesakitan yang tiada ubatnya,
Mungkin,
Kalau disakitkan,
Aku basuh, 
Aku rawat dgn doa.
Tuhan,
Kuatkan hati ini jika ia ditinggalkan,
Dikecewakan.
Sungguh perancangan-Mu lebih hebat,
Lebih baik dari apa yg aku rancangkan,
Semoga hati ini,
TABAH.